???? Majlis Lambaian Kasih ????
Tarikh: 13 Mac 2026
Hari: Jumaat
Masa: 7.20 pagi
Sekolah Kebangsaan Bukit Baru merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Muhammad Ikram bin Mohd Ali, Guru Penolong Kanan Kokurikulum atas segala jasa, bakti dan komitmen sepanjang berkhidmat di sekolah ini ????
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni ini menjadi platform untuk warga sekolah menzahirkan rasa penghargaan sebelum beliau melangkah ke sekolah baharu. Segala sumbangan beliau dalam memajukan bidang kokurikulum dan meningkatkan kecemerlangan murid amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang ????
Semoga segala jasa yang dicurahkan oleh cikgu Ikram menjadi amal jariah dan semoga beliau terus cemerlang di tempat baharu. Kenangan bersama akan sentiasa terpahat di hati warga SK Bukit Baru ????????
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan