✨ Majlis Iftar Jamaie Peringkat Sekolah ✨
Tarikh: 12 Mac 2026
Hari: Khamis
Masa: 6.30 petang – 10.00 malam
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar Jamaie anjuran pihak sekolah yang menghimpunkan warga sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwah ????????
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk berbuka puasa bersama, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara pentadbir, guru, murid serta PIBG. Kehadiran dan sokongan semua pihak jelas mencerminkan semangat kebersamaan dalam merealisasikan konsep “Sekolah Milik Komuniti” ????
Semoga program seperti ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan keharmonian warga sekolah pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini ????
#BOSS
#InspirasiMemacuKecemerlangan