????CERAMAH NUZUL QURAN 1447H ????
???? 10 Mac 2026 (Selasa)
???? Dewan Warisan, SK Bukit Baru
⏰ 7.30 pagi
Satu sesi ceramah anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab telah diadakan pada 10 Mac 2026 sempena Nuzul Quran bagi menghayati peristiwa turunnya Al-Quran serta mengambil pengajaran daripada kandungan dan mesej yang dibawa.
Ceramah telah disampaikan oleh Ust Shabani Bin Mohd Sakan, yang berkongsi ilmu dan peringatan kepada warga sekolah tentang kepentingan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.
Semoga program seperti ini dapat menyemai rasa cinta terhadap Al-Quran dalam kalangan murid serta membentuk sahsiah yang lebih baik.
#BukitBaruOurSmartSchool
#BBOSS
#InspirasiMemacuKecemerlangan