????MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SK BUKIT BARU SESI 2026 ????
???? 9 Mac 2026 (Isnin)
???? Dewan Warisan, SK Bukit Baru
⏰ 7.40 pagi
Sekitar Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Peringkat Sekolah yang melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, SPBT, ICT, RMT dan Pembimbing Rakan Sebaya bagi sesi 2026.
Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan serta menyemai semangat kepimpinan dalam kalangan murid agar dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Ayub Bin Zainal, Mtt. Pengarah AKMAL, Akademi Kastam Diraja Malaysia. Terima kasih Tuan atas kesudian merasmikan Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Peringkat Sekolah 2026 ini.
Tahniah kepada semua pemimpin muda yang telah dilantik. Semoga anda dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain.
#BukitBaruOurSmartSchool
#BBOSS
#InspirasiMemacuKecemerlangan