Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, SK Bukit Baru telah menerima Kunjungan Mesra Pegawai Pendidikan PPDMT, Tuan Hj. Mohd Yusri bin Seman pada Isnin, 23 Februari 2026.
Kunjungan ini sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan pihak Pejabat Pendidikan Daerah dalam memastikan kecemerlangan pengurusan sekolah serta kemenjadian murid sentiasa diperkasa.
Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini terus kukuh demi merealisasikan hasrat pendidikan yang berkualiti.
Terima kasih Tuan atas kesudian hadir dan sokongan yang diberikan.
#BBOSS
#BukitBaruOurSmartSchool
#InspirasiMemacuKecemerlangan