Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bukit Baru dengan penuh rasa hiba dan dukacita memaklumkan pemergian salah seorang permata sekolah, Cikgu Mizi binti Md Zin, yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini.
Allahyarhamah bukan sahaja seorang pendidik yang berdedikasi malah merupakan ibu kepada salah seorang murid di kelas 3 Nilam. Kehilangan beliau pastinya amat dirasai oleh seluruh warga sekolah dan murid-murid.
Sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosanya, mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia.
Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga tabah menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah. ????