• Main
  • News

????✨ PELUNCURAN BBOSS: Program Profesionalisme Berterusan ✨????

???? Hari: Khamis
????️ Tarikh: 12 Februari 2026
???? Masa: 2.00 petang

Peluncuran BBOSS – Bukit Baru Our Smart School telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Februari 2026 yang lalu sebagai satu inisiatif memperkukuh budaya profesionalisme dan memacu kecemerlangan warga sekolah.

Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar, ucapan Puan Nur Shafinaz binti Iqbal Mohamed, Pengarah Negeri BSN negeri Melaka dan ucapan Pn Hajah Norlia binti Aman, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran PPD Melaka Tengah.

Majlis seterusnya diikuti dengan perasmian peluncuran serta upacara menandatangani jalinan pintar korporat antara pihak sekolah dan pihak BSN. Turut memeriahkan majlis ialah sambutan hari lahir warga sekolah bagi bulan Februari sebagai tanda penghargaan dan kebersamaan, serta sesi Resensi Buku yang memberi nilai tambah ilmu dan perkongsian bermanfaat kepada semua guru.

Semoga BBOSS menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang lebih progresif, kolaboratif dan berimpak tinggi demi kecemerlangan bersama.

#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan


Read More