• Main
  • News

???? Program CSR Kerjasama Pihak Switch & SK Bukit Baru

???? Tarikh: 29 Januari 2026
???? Hari: Khamis

Program CSR telah berjaya dilaksanakan pada hari ini hasil kerjasama antara pihak Switch dan SK Bukit Baru, dengan melibatkan murid-murid pengawas ICT serta barisan guru yang komited dalam memperkasa pendidikan digital di SKBB.
Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi digital secara ‘hands-on’, selari dengan keperluan pembelajaran abad ke-21. Pengisian yang disampaikan bukan sahaja menarik, malah membantu meningkatkan keyakinan, kemahiran berfikir serta minat murid terhadap bidang ICT.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Muhammad Hasbullah Hanif bin Tajuddin serta Team CG Komputer Sdn. Bhd. atas perkongsian ilmu dan sokongan yang sangat bermakna.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan murid yang celik digital dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. ????????

#inspirasimemacukecemerlangan
#BBOSS