• Main
  • News

???? LATIHAN MELINTAS JALAN
UNIT 3K SK BUKIT BARU ????

???? Hari: Selasa
????️ Tarikh: 27 Januari 2026

Satu sesi Latihan Melintas Jalan telah dilaksanakan oleh Unit 3K dengan bimbingan Cg Asri dan Cg Zarrin serta bantuan pengawal keselamatan SKBB bersama murid-murid Tahun 1. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid tentang aspek keselamatan jalan raya serta amalan melintas jalan dengan betul dan selamat.

Diharapkan latihan ini dapat membantu murid-murid memahami kepentingan keselamatan diri serta mempraktikkan sikap berwaspada dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. ????

#inspirasimemacukecemerlangan
#BBOSS