????♂️ KEJOHANAN MERENTAS DESA
SK BUKIT BARU 2026 ????♀️
???? Hari: Selasa
????️ Tarikh: 27 Januari 2026
Kejohanan Merentas Desa SK Bukit Baru 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat pada hari Selasa, 27 Januari 2026.
Kejohanan ini melibatkan penyertaan murid-murid Tahap 2 yang menonjolkan daya tahan fizikal, disiplin diri serta semangat kesukanan yang tinggi. Kejohanan ini bukan sahaja bertujuan untuk mencungkil bakat dalam sukan olahraga, malah membentuk sahsiah dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, staf sokongan, serta ibu bapa yang turut memberikan kerjasama dalam memastikan kejohanan ini berjalan dengan selamat dan teratur. Tahniah kepada semua murid yang terlibat! Teruskan semangat juang dan usaha yang cemerlang. ????????✨
#inspirasimemacukecemerlangan
#BBOSS