• Main
  • News

???? Hari Orientasi Tahun 1, Pembayaran Yuran Tambahan Murid Tahun 1–6 & Hari Pendaftaran Prasekolah SK Bukit Baru ????

???? Tarikh: 8 Januari 2026
???? Tempat: SK Bukit Baru, Melaka

Alhamdulillah, hari Orientasi dan Pembayaran Yuran Tambahan Murid Tahun 1–6 serta Hari Pendaftaran Prasekolah SK Bukit Baru telah berlangsung dengan lancar pada hari ini iaitu 8 Januari 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, penjaga, warga pendidik serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.
Diharapkan juga agar hari orientasi yang dijalankan dapat memberi permulaan yang baik kepada murid-murid Tahun 1 dalam menyesuaikan diri dengan alam persekolahan serta mengeratkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa. Semoga segala urusan dipermudahkan dan memberi manfaat buat anak-anak SK Bukit Baru, Inshaa Allah.

#skbbatmajuara