????️ Ceramah Awal Remaja Tahun 5 & 6 ????️
???? Tarikh: 15 Disember 2025
⏰ Masa: 11.00 pagi – 1.00 tengah hari
????️ Tempat: Dewan Warisan SKBB
???? Penceramah: LPPKN
Ceramah Awal Remaja telah dianjurkan khusus untuk murid-murid Tahun 5 dan 6 pada 15 Disember 2025 bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai cabaran dan perubahan semasa usia remaja. Program ini membincangkan topik penting berkaitan perkembangan diri, nilai positif, kemahiran sosial, dan tanggungjawab dalam menghadapi alam remaja.
Diharapkan murid-murid dapat memahami dengan lebih baik tentang proses perubahan diri, meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab diri, dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Program ini juga bertujuan menjadi panduan awal dalam membina sahsiah yang positif dan memupuk kemahiran membuat keputusan yang bijak.
#skbbatmajuara