• Main
  • News

???? Majlis Apresiasi dan Graduasi Tahun 6 ????

???? Hari: Khamis
???? Tarikh: 11 Disember 2025

Majlis Apresiasi dan Graduasi Tahun 6 telah diadakan pada 11 Disember 2025 sebagai penghargaan kepada murid-murid atas pencapaian cemerlang sepanjang tahun, baik dari segi akademik mahupun sahsiah diri.
Selain itu, majlis ini bertujuan untuk menanamkan semangat kepimpinan, disiplin, keyakinan diri, dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid, sekaligus mengiktiraf kegigihan mereka sepanjang tahun persekolahan. Diharapkan setiap pengiktirafan yang diberikan menjadi pemangkin semangat kepada murid-murid terutamanya murid Tahun 6 untuk terus berusaha gigih, mengembangkan bakat, dan memanfaatkan peluang yang ada bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Semoga Majlis Apresiasi dan Graduasi ini menjadi kenangan manis yang akan terus diingati oleh murid-murid, guru-guru, dan ibu bapa, serta menyemai budaya kecemerlangan, kerjasama, dan nilai integriti dalam komuniti sekolah.

#skbbatmajuara


Read More