• Main
  • News

???? Majlis Apresiasi Kokurikulum Potensi Diri Unggul Murid (Podium) ????

???? Tarikh: 9 Disember 2025

Majlis Apresiasi Kokurikulum Potensi Diri Unggul Murid (Podium) telah diadakan pada 9 Disember 2025 sebagai penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan pencapaian cemerlang serta potensi diri yang unggul dalam bidang kokurikulum. Majlis ini juga bertujuan mengiktiraf usaha, komitmen dan bakat guru-guru yang aktif serta konsisten dalam pelbagai aktiviti kokurikulum sepanjang tahun.
Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat kepada murid-murid dan guru-guru untuk terus berusaha meningkatkan potensi diri, membina keyakinan serta mengamalkan nilai kepimpinan dan disiplin. Semoga majlis ini dapat menyemai budaya kecemerlangan dan melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

#skbbatmajuara


Read More