• Main
  • News

???? Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks ????

???? Hari: Isnin
???? Tarikh: 8 Disember 2025

Proses Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks telah dilaksanakan pada hari Isnin, 8 Disember 2025. Proses ini melibatkan proses pemulangan buku teks oleh murid serta pengagihan semula kepada murid bagi sesi persekolahan yang akan datang.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memupuk sikap tanggungjawab dalam kalangan murid terhadap penjagaan buku teks, di samping memastikan setiap murid menerima bahan pembelajaran yang mencukupi dan dalam keadaan baik. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat membantu kelancaran program ini.
Diharapkan usaha ini dapat menyokong keberkesanan proses pembelajaran serta membantu persediaan murid menghadapi sesi persekolahan yang baharu dengan lebih terancang dan selesa.

#skbbatmajuara


Read More