???? Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 Sesi 2025
???? Hari: Khamis
???? Tarikh: 4 Disember 2025
???? Tempat: Masjid Al-Ibadah, Bukit Piatu
Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 Sesi 2025 telah berlangsung dengan penuh tertib dan bermakna pada 4 Disember 2025 bertempat di Masjid Al-Ibadah, Bukit Piatu. Majlis ini dianjurkan sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan atas kejayaan murid-murid Tahun 6 menamatkan bacaan Al-Quran sepanjang tempoh pembelajaran mereka.
Diharapkan majlis ini dapat menyemai rasa cinta terhadap Al-Quran serta menjadi bekalan rohani yang berterusan dalam membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid pada masa akan datang.
#skbbatmajuara