• Main
  • News

????Penyampaian Hadiah Pembaca Terbanyak NILAM Peringkat Sekolah SK Bukit Baru????

???? Tarikh: 1 Disember 2025

Penyampaian Hadiah Pembaca Terbanyak NILAM Peringkat Sekolah SK Bukit Baru telah diadakan pada 1 Disember 2025 sebagai penghargaan kepada murid-murid dan guru-guru yang menunjukkan komitmen dan minat yang tinggi terhadap amalan membaca. Program ini bertujuan untuk menyemai budaya membaca secara berterusan serta menggalakkan murid menjadikan pembacaan sebagai satu tabiat yang positif dalam kehidupan seharian.
Diharapkan penganjuran program ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada semua murid SKBB untuk terus aktif membaca, menambah ilmu pengetahuan dan membina sahsiah diri yang cemerlang selari dengan hasrat Program NILAM.

#skbbatmajuara