???? Program RIMBA — Rakan Intervensi Membaca Bimbing Adik
???? Tarikh: 24 – 27 November 2025
⏰ Masa: 11.00 pagi – 1.00 petang
Program RIMBA dijalankan bagi membantu murid tahap 1 meningkatkan kemahiran membaca melalui bimbingan rakan sebaya dan guru. Murid dibimbing mengikut tahap penguasaan masing-masing, dengan aktiviti membaca, mengeja, dan memahami perkataan asas.
Pendekatan ini bukan sahaja mengukuhkan asas literasi murid, malah membina keyakinan, meningkatkan minat membaca, serta memupuk nilai tanggungjawab dan semangat saling membantu.
Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam memastikan sesi berjalan lancar. Semoga usaha ini terus memberi impak positif kepada perkembangan pembelajaran murid-murid.
#skbbatmajuara