• Main
  • News

???????? Lawatan Prasekolah
Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka

???? Tarikh: 18 November 2025

Lawatan ini memberi peluang kepada murid prasekolah untuk mengenali dengan lebih dekat dunia serangga dan reptilia melalui pengalaman pembelajaran secara eksplorasi. Murid dapat melihat pelbagai spesies rama-rama, ular, kura-kura dan haiwan lain sambil mempelajari fakta menarik tentang habitat, kitaran hidup serta cara penjagaan haiwan.
Aktiviti seperti pemerhatian dekat, sesi bergambar dan penerangan daripada petugas taman turut membantu murid memahami kepelbagaian alam semula jadi dengan cara yang menyeronokkan dan bermakna.
Terima kasih kepada guru prasekolah serta ibu bapa yang sentiasa menyokong penglibatan murid dalam program luar bilik darjah. Semoga pengalaman ini menambah minat murid terhadap haiwan dan dunia sains seawal usia.

#skbbbatmajuara


Read More