????️ Penyerahan Sijil dan Selempang
Kem Lencana Kecekapan Ahli Muda (Junior) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Peringkat Negeri Melaka 2025 ????️
Majlis penyerahan sijil dan selempang ini diadakan sebagai simbolik pengiktirafan kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti Kem Lencana Kecekapan Ahli Muda (Junior) pada 19–21 Ogos 2025 dengan penuh komitmen, disiplin dan semangat kesukarelawanan.
Sepanjang kem tersebut, para peserta telah melalui pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal. Pengalaman ini bukan sahaja menambah pengetahuan, malah membentuk sahsiah diri, kepimpinan serta nilai kebersamaan sebagai ahli BSMM muda.
Tahniah kepada semua penerima sijil dan selempang atas usaha dan pencapaian yang membanggakan ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi penyuntik motivasi untuk terus cemerlang dalam kokurikulum, memperkukuhkan bakat kepimpinan dan meneruskan khidmat bakti kepada sekolah serta masyarakat.
#skbbbatmajuara