• Main
  • News

???? Majlis Santuni Pasukan Techlympics SKBB 2025

???? Tarikh: 14 November 2025

Majlis ini dianjurkan bersama PIBG SKBB bagi mengiktiraf dan memberikan penghargaan rasmi kepada semua ahli pasukan, guru pembimbing, dan pihak yang terlibat atas usaha gigih serta kejayaan yang dicapai dalam pertandingan Techlympics. Selain itu, majlis ini juga dianjurkan untuk mengeratkan silaturahim dan kerjasama antara pihak pengurusan sekolah, guru-guru, pelajar, ibu bapa, dan komuniti dalam menyokong aktiviti STEM dan kokurikulum. Jutaan tahniah diucapkan kepada Pasukan Bytech Redbrick Bukit Baru A yang memperoleh tempat ketiga dalam Pertandingan Cabaran Binaan Virtual Redbrick Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2025. Kejayaan ini membuktikan usaha gigih dan kreativiti murid-murid SKBB dalam bidang STEM.
Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menjayakan majlis ini. Semoga semangat STEM terus berkembang dalam kalangan murid SKBB.

#skbbatmajuara