• Main
  • News

???? Program Seminar Motivasi & Kursus Pengurusan Jenazah Tahun 6

???? Tarikh: Khamis, 13 November 2025
???? Tempat: Masjid Al-Ibadah

Program ini dianjurkan oleh SK Jalan Datuk Palembang dengan kerjasama SK Bukit Baru, bagi memberi pendedahan kepada murid Tahun 6 tentang pengurusan jenazah mengikut syarak. Melalui taklimat dan demonstrasi yang disampaikan, murid-murid dapat memahami langkah-langkah yang betul dalam mengurus jenazah serta mempelajari adab dan doa yang perlu diamalkan.
Program ini turut melibatkan aktiviti amali yang membolehkan murid melihat sendiri proses pengurusan jenazah secara praktikal selain memberi peluang untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan daripada guru.
Terima kasih kepada Guru Tahun 6 dan Panitia Agama Islam atas penganjuran program bermanfaat ini. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dan menjadi panduan kepada murid-murid pada masa hadapan.

#skbbatmajuara