Program Pencegahan Jenayah Gangguan Seksual
Sasaran: Murid Tahun 5
Penceramah: Cikgu Nur Fitriah
Program Pencegahan Jenayah Gangguan Seksual telah dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada murid Tahun 5 tentang cara melindungi diri daripada sebarang bentuk gangguan seksual. Murid-murid diberi penerangan mengenai jenis-jenis gangguan, cara mengenal pasti situasi yang tidak selamat serta langkah yang perlu diambil sekiranya berdepan dengan insiden sebegini.
Sesi turut disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami agar murid dapat memproses maklumat dengan baik dan lebih berani untuk membuat laporan jika berlaku sebarang ancaman terhadap keselamatan diri.
Terima kasih kepada Cikgu Fitriah atas penyampaian yang jelas dan penuh kesedaran. Semoga program ini membantu meningkatkan pengetahuan serta keyakinan murid untuk menjaga keselamatan diri.
#skbbatmajuara