???? Program Mencari Yang Halal Satu Kewajipan (Sembelihan)
Tarikh: Rabu, 12 November 2025
Tempat: Dewan & Padang SK Bukit Baru
Program Mencari Yang Halal Satu Kewajipan telah dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada murid Tahun 6 tentang cara sembelihan yang betul menurut syarak. Melalui taklimat dan demonstrasi yang disampaikan, murid-murid dapat memahami tatacara sembelihan Islam dengan lebih jelas serta mempelajari adab yang perlu diamalkan.
Program ini turut melibatkan aktiviti amali yang membolehkan murid melihat sendiri proses sembelihan yang sah, memasak ayam yang disembelih tersebut selain memberi peluang kepada mereka untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan daripada guru.
Terima kasih kepada Guru Tahun 6 dan Panitia Agama Islam atas penganjuran program bermanfaat ini. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dan menjadi panduan kepada murid-murid pada masa hadapan.
#skbbatmajuara