???? Sambutan Hari Kanak-Kanak SK Bukit Baru 2025 ????
Tema: Oh, Riangnya Dunia Haiwan
Hari: Jumaat
Tarikh: 7 November 2025
Sambutan Hari Kanak-Kanak SKBB 2025 berlangsung meriah dengan berkonsepkan dunia haiwan. Murid-murid hadir dengan pakaian bertemakan haiwan yang menceriakan suasana, disertai persembahan dan aktiviti yang menggalakkan kreativiti serta kerjasama.
Program ini dianjurkan bagi meraikan murid-murid sebagai generasi pewaris masa depan dan memberi ruang kepada mereka untuk menikmati hari istimewa dengan penuh kegembiraan. Terima kasih kepada semua guru, AJK pelaksana serta warga sekolah yang memastikan sambutan berjalan dengan lancar dan teratur.
Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis buat semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
#skbbatmajuara