• Main
  • News

???? Program Fire Drill SK Bukit Baru ????

Hari: Khamis
Tarikh: 6 November 2025

Program Fire Drill SK Bukit Baru telah dijalankan sebagai langkah kesiapsiagaan dan latihan keselamatan kepada semua warga sekolah. Latihan ini memberi pendedahan kepada murid dan guru tentang prosedur menyelamat, cara keluar dari bangunan dengan teratur serta tindakan yang perlu diambil ketika menghadapi situasi kecemasan.
Sepanjang latihan, murid-murid berjaya mengikuti arahan dengan baik dan proses evakuasi berjalan lancar. Program ini juga dibantu oleh pasukan Bomba Balai Bukit Katil yang memberi taklimat ringkas mengenai langkah pencegahan dan keselamatan kebakaran.
Semoga latihan seperti ini dapat meningkatkan kesedaran serta memastikan warga sekolah lebih bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

#skbbatmajuara