???? Lawatan Tahun 6 2025 ????
Tarikh: Selasa, 4 November 2025
Tempat: Farm Fresh, i-City & Beryl’s
Alhamdulillah, Lawatan Tahun 6 2025 telah berjaya dilaksanakan melibatkan murid-murid Tahun 6 bersama guru-guru pengiring. Lawatan ini memberi peluang kepada murid untuk melihat secara dekat proses penghasilan produk tenusu di Farm Fresh, termasuk cara penternakan, pemprosesan susu serta operasi harian yang dijalankan di ladang tersebut.
Seterusnya, rombongan meneruskan lawatan ke Beryl’s bagi memberi pendedahan tentang proses pembuatan coklat, daripada pemilihan bahan sehingga terhasilnya produk siap.
Sepanjang program, murid-murid menunjukkan disiplin yang baik dan mengikuti setiap aktiviti yang dirancang. Terima kasih kepada pihak pentadbir, guru pengiring serta semua yang terlibat dalam memastikan lawatan berjalan lancar dan selamat.
Semoga pengalaman ini menambah pengetahuan dan memberi pendedahan baharu kepada murid-murid sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah.
#skbbatmajuara