???? Program Smart Vertical Gardening with IoT (SMARTGARD) ????
Tarikh: 23 Oktober 2025
Anjuran: Multimedia University (MMU) & Kelab Alam Sekitar SK Bukit Baru
Alhamdulillah, Program Smart Vertical Gardening with IoT (SMARTGARD) telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama antara Multimedia University (MMU) dan Kelab Alam Sekitar SK Bukit Baru.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang teknologi Internet of Things (IoT) dalam bidang pertanian moden, di samping memupuk kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar.
Melalui aktiviti hands-on dan sesi perkongsian ilmu, murid berpeluang meneroka konsep pertanian pintar secara menyeronokkan serta belajar cara mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan seharian.
Syabas dan terima kasih kepada pihak MMU atas kerjasama yang diberikan serta semua guru dan murid yang turut menjayakan program ini. ????????????
#skbbatmajuara