• Main
  • News

???? Majlis Penghargaan Kejayaan Pasukan Bahas SK Bukit Baru ????

Tarikh: Khamis, 23 Oktober 2025
Tempat: SK Bukit Baru

Alhamdulillah, Majlis Penghargaan Kejayaan Pasukan Bahas SK Bukit Baru telah diadakan bagi meraikan pencapaian membanggakan pasukan bahas SKBB yang berjaya meraih Naib Johan Peringkat Kebangsaan. Kejayaan ini mencerminkan kegigihan, komitmen dan semangat juang tinggi para pembahas SKBB dalam mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Majlis ini turut menjadi simbol penghargaan kepada guru-guru pembimbing yang telah mencurahkan sepenuh tenaga, masa dan bimbingan dalam membentuk satu pasukan yang berilmu, berkeyakinan serta berwibawa di pentas kebangsaan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil PIBG, Pn. Faridah Othman serta wakil dari JAPERUN Bukit Katil, En. Mohd Yani Ismail, Timbalan Pengerusi JAPERUN Bukit Katil.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pembahas dan guru pembimbing atas kejayaan gemilang ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melahirkan lebih ramai bakat baharu yang cemerlang dalam arena perbahasan. ????????✨

#skbbatmajuara


Read More