????♂️ Hari Sukan Negara 2025 ????
Tarikh: 14 Oktober 2025
Tempat: SK Bukit Baru
Alhamdulillah, sambutan Hari Sukan Negara 2025 di SK Bukit Baru telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah. Program ini bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat serta memperkukuhkan semangat kesukanan dalam kalangan warga sekolah.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti senamrobik dan pertandingan bola jaring, bola sepak dan sepak takraw yang melibatkan murid-murid tahap 2.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga semangat kesukanan ini terus subur dan menjadi amalan dalam kehidupan seharian. ????????♀️????♂️????
#skbbatmajuara