????HSN FIT Touch Girl Rugby U12????
Tarikh: 11 Oktober 2025
Alhamdulillah, pasukan SK Bukit Baru telah mencatat satu lagi kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih Johan (Plate) dalam Kejohanan HSN FIT Touch Girl Rugby U12 Peringkat Negeri yang diadakan pada 11 Oktober 2025 yang lalu.
Kejohanan ini telah menghimpunkan pasukan daripada pelbagai sekolah dan memberi peluang kepada pemain menunjukkan kecekapan, ketahanan fizikal serta semangat kesukanan yang tinggi.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan guru pengiring atas dedikasi, latihan berterusan dan kerjasama mantap yang membuahkan hasil gemilang ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga sekolah untuk terus unggul dalam bidang kokurikulum dan sukan pada masa akan datang. ????????????
#skbbatmajuara