• Main
  • News

???? Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi ????

Tarikh: Jumaat, 10 Oktober 2025
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Dewan Warisan, SK Bukit Baru

Alhamdulillah, Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi anjuran SK Bukit Baru telah berlangsung dengan penuh penghargaan dan kesyukuran.
Majlis ini diadakan bagi meraikan jasa dan sumbangan dua orang guru berwibawa, Pn. Sugassni a/p Ramachandaram (Ketua Panitia Bahasa Inggeris) dan Pn. Zunairah binti Zainol Abidin (Ketua Panitia Bahasa Melayu) yang kini meneruskan khidmat bakti ke peringkat seterusnya iaitu sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu.
Terima kasih cikgu-cikgu atas segala ilmu, bimbingan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Semoga terus diberkati dan berjaya dalam setiap langkah yang diatur. ????????

#skbbatmajuara


Read More