• Main
  • News

???? Majlis Lambaian Kasih Sejambak Budi ????
???? 30 September 2025
???? Dewan Warisan & Hotel Estadia

Alhamdulillah, Majlis Lambaian Kasih Sejambak Budi sempena persaraan Cikgu Hairul Nizam bin Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran SK Bukit Baru, telah diadakan dengan penuh rasa syukur dan penghargaan. Majlis ini menjadi wadah untuk seluruh warga sekolah menzahirkan ucapan terima kasih, kasih sayang dan penghormatan atas segala jasa, bakti serta sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan.

Cikgu Hairul Nizam dikenali sebagai seorang pendidik yang berdedikasi, berwibawa dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugas. Beliau bukan sahaja menjadi tonggak kepimpinan dalam pentadbiran sekolah, malah turut menjadi sumber inspirasi, contoh teladan, serta tempat rujukan bagi guru dan murid.
Sesungguhnya, jasa dan bakti yang ditaburkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga SK Bukit Baru. Semoga Cikgu Hairul Nizam dikurniakan kesihatan yang baik, keberkatan hidup serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta dalam meniti hari-hari mendatang.

“Budi yang baik dikenang jua, kasih yang tulus kekal selamanya.”

#skbbatmajuara