???? Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2025
Tarikh: 23 & 26–27 September 2025
Tempat: Dewan Warisan SK Bukit Baru
Alhamdulillah, Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 & 26–27 September 2025. Program anjuran Unit Kokurikulum ini telah melibatkan semua murid Tahun 6 dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang berunsurkan disiplin, kerjasama berpasukan serta kemahiran hidup.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, guru pembimbing serta urus setia yang telah menjayakan perkhemahan ini. Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk membentuk sahsiah murid yang berdisiplin, berdikari dan berakhlak mulia. ????✨
#skbbatmajuara