???? Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2025
Alhamdulillah, pada 12 September 2025, Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat patriotisme dan meriah. Program ini menjadi penutup kepada pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ogos dan September yang bertujuan menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan murid serta warga sekolah.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid, guru serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa warga SKBB demi kesejahteraan negara. ????????✨
#skbbatmajuara