
???? Pertandingan Poster Maulidur Rasul & Bengkel Azan & Iqamah ????
Pada hari Selasa, 9 September 2025 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Membuat Poster Maulidur Rasul serta Bengkel Azan & Iqamah yang melibatkan murid Tahun 4, 5 dan 6 SKBB.
Program ini bertujuan memupuk kecintaan terhadap Rasulullah ﷺ serta memberi pendedahan awal kepada murid tentang laungan azan dan iqamah dengan betul dan beradab.
Melalui aktiviti ini, diharapkan murid-murid dapat menambah ilmu, membina keyakinan diri serta menzahirkan kreativiti mereka dalam suasana yang menyeronokkan dan bermakna.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian! ????
#skbbatmajuara