
Ceramah: Sihat Tanpa Vape dan Rokok
Tarikh: 19 Ogos 2025
Hari: Selasa
Pada tarikh ini telah berlangsung Ceramah Sihat Tanpa Vape dan Rokok bertempat di SKBB. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Nurul Ain dari Klinik Kesihatan Peringgit bermula jam 2.00 hingga 4.30 petang.
Program ini bertujuan memberi pendedahan serta kesedaran kepada murid tentang bahaya vape dan rokok terhadap kesihatan, di samping memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Dr. Nurul Ain atas kesudian berkongsi ilmu serta kepada semua guru dan murid yang terlibat menjayakan program ini.
#skbbatmajuara