
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SKBB
Tarikh: 18 Ogos 2025
Hari: Isnin
Pada tarikh ini, SKBB telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta menanam rasa cinta kepada negara dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah.
Pelbagai aktiviti berunsurkan kemerdekaan telah dirancang sepanjang bulan ini bagi memberi peluang kepada murid menghayati erti kemerdekaan dan mengukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang berbangga dengan negara tercinta. ????????
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis pelancaran ini ????
#skbbatmajuara