
Pada 15 Ogos 2025 (Jumaat), Prasekolah Ibnu Sina SKBB telah mengadakan Hari Temu Mesra bersama ibu bapa dan penjaga. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa di samping membincangkan perkembangan akademik, sahsiah serta kebajikan murid prasekolah.
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen serta kehadiran ibu bapa yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga kerjasama erat antara guru dan ibu bapa dapat terus diperkukuh demi kecemerlangan murid-murid.
#skbbatmajuara