• Main
  • News

Majlis Penutup Program 3k

Majlis Penutup Program 3k

Majlis Penutup Program 3K
Tarikh: 1 Ogos 2025

Alhamdulillah, Majlis Penutup Program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.

Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti gotong-royong kebersihan kelas, ceramah dan demonstrasi, pertandingan mewarna dan melukis poster bertemakan 3K serta lawatan. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran, malah menggalakkan penglibatan aktif murid dalam mempraktikkan nilai murni berkaitan kebersihan, kesihatan dan keselamatan dalam kehidupan seharian.

Majlis penutup disempurnakan dengan ucapan oleh pihak pentadbir sekolah, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan dan persembahan bicara berirama.

Semoga budaya 3K akan terus diamalkan dan menjadi amalan berterusan dalam membentuk persekitaran sekolah yang kondusif, sihat dan selamat untuk semua.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid, guru serta warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga amalan budaya 3K terus menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian warga SKBB.

#skbbatmajuara