
???? BENGKEL PENULISAN NOVEL BERSAMA PTS ????
Tarikh: 31 Julai 2025
Masa: 11.30 pagi – 1.00 tengah hari
Peserta: Murid Tahun 6M, 6N, 6P & 5M
Satu sesi Bengkel Penulisan Novel telah diadakan bersama wakil dari PTS Publishing House, bertujuan untuk mencungkil bakat menulis dan memupuk minat membaca serta menghasilkan karya kreatif dalam kalangan murid.
Murid-murid didedahkan kepada:
✍️ Teknik asas penulisan novel
???? Proses kreatif membina jalan cerita
???? Idea & imaginasi dalam penulisan novel
Terima kasih kepada pihak PTS atas perkongsian bermanfaat serta inspirasi yang diberikan. Semoga bakat-bakat muda ini terus berkembang menjadi penulis cilik yang hebat suatu hari nanti, Inshaa Allah.
#skbbatmajuara