
???? LAWATAN KE MUZIUM PENJARA MELAKA ????
Tarikh: 29 Julai 2025
???? Muzium Penjara Malaysia, Bandar Hilir, Melaka
Murid-murid SKBB telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Muzium Penjara Melaka bagi menimba ilmu berkaitan sistem pemulihan, sejarah institusi penjara dan kehidupan banduan.
Antara pengalaman menarik yang diperoleh:
???? Melihat sendiri replika sel banduan dan kawasan penjara lama
???? Mendengar taklimat mengenai undang-undang dan kesedaran sivik
???? Memupuk nilai keinsafan serta kepentingan membuat pilihan hidup yang betul
Terima kasih kepada pihak Muzium Penjara atas peluang pembelajaran yang sangat bermakna ini. Semoga lawatan ini dapat membentuk generasi yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.
#skbbatmajuara