
Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi
Tarikh: 4 Julai 2025 (Jumaat)
Tempat: SK Bukit Baru, Melaka
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan buat mantan Tuan Haji Zulkifly bin Mansor, Guru Besar SK Bukit Baru, atas segala jasa dan sumbangan yang tidak ternilai sepanjang menerajui kepimpinan sekolah ini.
Tuan Haji Zulkifly dikenang sebagai seorang pemimpin berwibawa, berjiwa pendidik, dan sentiasa mendahulukan kebajikan murid serta warga sekolah. Di bawah kepimpinan beliau, banyak kejayaan telah diraih dan budaya kerja berpasukan semakin kukuh.
Terima kasih atas bimbingan, keprihatinan dan kasih sayang yang dicurahkan. Segala jasa akan terus mekar dalam ingatan warga SK Bukit Baru.
Segala tunjuk ajar, budi bicara dan ilmu yang dikongsi akan sentiasa kami kenang dan hargai. Semoga Allah SWT terus memberkati setiap langkah Tuan Haji dalam fasa kehidupan yang seterusnya.
#skbbatmajuara