
PROGRAM JELAJAH SEKOLAH BLINK
Pada 25 Jun 2025 yang lalu, sekolah kami berbesar hati menerima kunjungan Ard One, seorang penulis berbakat iaitu merupakan seorang pelukis komik, illustrator buku kanak-kanak, serta pelukis storyboard filem dan animasi. Beliau juga berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang lukisan. Beliau bukan sahaja berkongsi pengalaman sebagai penulis, malah menyuntik semangat dan motivasi kepada murid-murid. Turut berlangsung, sesi serahan buku sumbangan serta peluang eksklusif beramah mesra, bergambar dan mendapatkan tandatangan daripada penulis sendiri! ????
Terima kasih pihak Blink atas program yang bermanfaat ini. Kami tidak sabar menantikan sesi pameran dan jualan buku seterusnya!
#skbbatmajuara