
???? Program JOM Bo Ba Lis 2025
Pada 20 Jun 2025 (Jumaat), Panitia Bahasa Melayu SK Bukit Baru dengan kerjasama Jabatan Pengajian Bahasa Melayu IPGKPM telah melaksanakan Program JOM Bo Ba Lis 2025.
Program ini diadakan bagi membantu murid yang lemah dalam kemahiran membaca dan menulis agar sekurang-kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum (TP3). Selain itu, program ini turut memberi fokus kepada pembentukan sahsiah murid melalui bimbingan sikap dan tingkah laku. Ibu bapa turut diberikan bahan bantu untuk digunakan di rumah sebagai usaha berterusan dalam membantu anak-anak menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutamanya warga IPGKPM, Panitia BM, dan guru-guru SK Bukit Baru. Semoga usaha berterusan ini dapat melahirkan lebih ramai murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah.
Syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini! ????
#skbbatmajuara