
Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi Puan Mashita binti Bachik
Tarikh: 23 Oktober 2024
Hari: Rabu
Selamat bersara Cikgu Mashita.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Cikgu Mashita atas segala bakti dan jasa cikgu dalam dunia pendidikan dari hari pertama sehingga hari terakhir cikgu berkhidmat.
Di kesempatan ini juga kami warga SKBB memohon maaf sekiranya terdapat kekhilafan kami sepanjang kita bersama.
Kami warga SKBB turut mendoakan semoga cikgu sekeluarga terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada di bawah perlindungan Allah S.W.T.
Akhir kata,
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
#skbbatmajuara