
Majlis Perpisahan Puan Hajah Haslinda, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Tarikh: 27 Mei 2025
Pada hari semalam, 27 Mei 2025, satu majlis ringkas telah diadakan sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan dan sumbangan Puan Hajah Haslinda sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai GPK Kokurikulum. Untuk makluman, Puan Hajah Haslinda akan berpindah dan berkhidmat di tempat baru iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak.
Semoga Puan Hajah Haslinda terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, dan kejayaan dalam setiap langkah yang diambil selepas ini.
Warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus dipermudahkan segala urusan di masa akan datang.
#skbbatmajuara