
Pada hari Isnin, 5 Mei 2025 jam 8.10 pagi, satu ‘Spot Check’ Pemakaian Tanda Nama dan Lencana Jalur Gemilang telah dijalankan di SK Bukit Baru. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan murid-murid mematuhi peraturan sekolah berkaitan pemakaian tanda nama serta menunjukkan semangat patriotisme melalui pemakaian lencana Jalur Gemilang. Program ini diadakan bagi membudayakan disiplin dan nilai cinta akan negara dalam kalangan warga sekolah. Tahniah kepada murid yang telah mematuhi peraturan, dan semoga usaha ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
#skbbatmajuara