
KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS
Tarikh: 5 Mei 2025 (Isnin)
Tempat: SK Bukit Baru
Pada 5 Mei 2025 (Isnin), SK Bukit Baru telah mengadakan Kempen Sayangi Buku Teks yang bertujuan untuk memupuk semangat dalam kalangan murid agar menghargai dan menyayangi buku teks yang dibekalkan oleh KPM. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, diikuti ucapan GPK HEM dan perasmian oleh Guru Besar. Gimik pelancaran serta penyerahan fail kepada penyelaras turut memeriahkan majlis. Kempen ini diadakan bagi menanam sikap cintakan ilmu dalam diri murid, menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan utama kurikulum serta memartabatkan buku teks sebagai gedung ilmu pengetahuan. Program ini melibatkan penyertaan semua murid SK Bukit Baru dan berakhir pada jam 8.15 pagi. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini.
#skbbatmajuara